Wednesday, September 16, 2026

RedFlag Boobs




Bab red flag pasangan, satu group WhatsApp boleh jadi panel pakar.

Tapi bila terasa ketulan di payudara sendiri…

“Tak sakit pun. Mungkin tak ada apa-apa.”

**Kanser payudara boleh bermula dengan ketulan yang tidak sakit. Rasa sihat bukan alasan untuk abaikan perubahan itu.**

Kenali red flag ini:

Ketulan baharu pada payudara atau ketiak.
Bentuk atau saiz payudara berubah daripada biasa.
Kulit berlekuk, tertarik atau bertekstur seperti kulit oren.
Puting yang sebelum ini normal tiba-tiba tertarik ke dalam.
Keluar cecair luar biasa daripada puting, terutama berdarah.

Tak perlu tunggu semua tanda muncul baru pergi periksa.

Kadang-kadang kita bukannya tak perasan.
Kita takut nak tahu.

Takut dengar perkataan “kanser”.
Takut fikir anak-anak.
Takut hidup berubah selepas masuk bilik doktor.

**Tetapi pergi periksa bukan bermakna anda akan disahkan kanser.** Kebanyakan ketulan payudara bukan kanser. Jika kanser sekalipun, pengesanan dan rawatan awal memberi peluang rawatan berjaya yang lebih baik.

Kalau ada perubahan, buat temu janji di klinik secepat mungkin. Kalau takut, ajak seseorang menemani.

Dan kalau kawan mengadu dia jumpa ketulan, jangan terus jawab, “Ala, jangan fikir bukan-bukan.”

Cuba jawab:

“Jom pergi check. Aku temankan.

No comments:

Post a Comment